Daftar bulan Jawa Islam Takwim Jawa

Di bawah ini disajikan nama-nama bulan Jawa Islam. Sebagian nama bulan diambil dari Kalender Hijriyah dengan nama-nama Arab, tetapi beberapa di antaranya menggunakan nama dalam bahasa Sanskerta seperti Pasa, Séla, dan kemungkinan juga Sura, sedangkan nama Apit dan Besar berasal dari bahasa Jawa dan bahasa Melayu. Nama-nama ini adalah nama bulan qamari atau cendera (lunar).

NoBulan penanggalanBilangan hari sebulanCatatan
1Sura30
2Sapar29
3Mulud atau Rabingulawal [2]30Dinamakan sempena hari kelahiran Nabi Muhammad (Mawlud)
4Bakda Mulud atau Rabingulakir29"selepas Mawlud"
5Jumadilawal30
6Jumadilakir29
7Rejeb30
8Ruwah (Arwah, Saban)29Berkaitan dengan Nisfu Sya'ban saat amalan segala "arwah" manusia selama setahun dicatat.
9Pasa (Puwasa, Siyam, Ramelan)30Berkaitan dengan puasa bulan Ramadan
10Sawal29Sempena Syawal
11Séla (Dulkangidah, Apit) *30Dari akar besar Austronesia (Jawa/Melayu), bererti "batu" yang berhubungan dengan lemah “tanah” mengganti nama lama Apit Lemah
12Besar (Dulkahijjah)29/30Dari akar besar Austronesia (Jawa/Melayu)
Jumlah hari dikira354/355

Nama-nama bulan tersebut adalah sebagai berikut:

  1. Warana • Sura, erti: rijal
  2. Wadana • Sapar, erti: wiwit
  3. Wijangga • Mulud, erti: kanda
  4. Wiyana • Bakda Mulud, erti: ambuka
  5. Widada • Jumadilawal, erti: wiwara
  6. Widarpa • Jumadilakir, erti: rahsa
  7. Wilapa • Rejeb, artiya purwa
  8. Wahana • Ruwah, erti: dumadi
  9. Wanana • Pasa, erti: madya
  10. Wurana • Sawal, erti: wujud
  11. Wujana • Séla, erti: wusana
  12. Wujala • Besar, erti: kosong

Rujukan

WikiPedia: Takwim Jawa http://www.babadbali.com/pewarigaan/kalender-jawa.... http://www.bausastra.com/other/e/ http://www.ipgp.fr/~beaudu/matlab.html#weton http://books.google.co.id/books?id=wx8sAAAAYAAJ&dq... https://nasional.tempo.co/read/887455/baru-hari-in... https://news.detik.com/berita-jawa-timur/d-4577470... https://sains.kompas.com/read/2014/11/06/20363101/... https://www.sastra.org/bahasa-dan-budaya/kamus-dan... https://www.sastra.org/bahasa-dan-budaya/pawukon-d... https://www.sastra.org/bahasa-dan-budaya/pawukon-d...